2010-03-01

The Adventure of The Five Macha : Cendol Edition

Salam


1. Pada Jumaat yang lepas (kalau tak silap lah), ana mendapat mesej daripada akh Bukhari. Mesej tersebut berbunyi "Akh Siraj, adakah enta berminat untuk menyertai ana membuat cendol?" Fuh, memang confirm la ana nak. Almaklumlah tengah mengidam kalah perempuan mengandung ni.


2. Maka bermulalah episod pengembaraan kami, bermula dengan pencarian bahan - bahan yang diperlukan seperti tepung beras, daun pandan, gula melaka dan juga susu tersejat (evaporated milk?). Bahan - bahan ini semua kami dapatkan di kedai runcit Asia di Greenacres. Bahan-bahan lain seperti santan dan sebagainya sudah ada di rumah.


3. Pengembaraan ini diketuai oleh kapten The Macha, Bukh-cha

Disertai juga oleh Qib-cha

dan juga adik - beradik K-cha, iaitu Kam-cha dan juga Kai-cha



4. Selesai dengan urusan bahan-bahan, kami bergerak ke tempat pertama yang telah dikenal pasti sesuai geografinya untuk menghasilkan cendol, iaitu The Kirb, dengan nama lain tempat bertendangnya Bukh-cha, Qib-cha dan juga Kam-cha. Sesampainya kami di situ, terlihat ada lagi 2 orang keluarga The Macha, iaitu Na-cha dan juga Ring-cha (Gambar dirahsiakan). Macam tahu-tahu je orang nak buat cendol. Selidik punya selidik, mereka rupanya ade urusan syarikat. Mahu tahu ape bisnes mereka? Lihat disini. Shapowwww!!!

5. Langkah pertama, sediakan alat-alat bertukang seperti tukul dan juga screw driver. Tin santan kosong jangan dilupa


6. Tidak, kami tak guna halia dalam botol kaca tu untuk buat cendol. Tak pernah lagi sepanjang hampir 2x tahun ana hidup ana jumpa cendol berperisa halia. Kami cuma menyalahgunakan botol kaca tersebut sebagai teman kepada tin santan yang telah dilubangi sepertimana yang terpampang di dalam gambar di atas, iaitu sebagai peneran tepung cendol.


7. Berikut adalah apa yang berlaku pada hari tersebut (kurang mengikut kronologi) : 


 Antara bahan-bahan yang digunakan

 Air pandan yang kemudiannye dicampur dengan tepung beras

 kacau punya kacau, terhasillah doh (dough?) di atas

 cacing hijau cendol yang diteran menggunakan alatan buatan sendiri. kami mula terasa excited setelah cacing ini terhasil.

rebus gula melaka pulak

 memandangkan santan tin di Australia ni rasanye kureng sikit, kami modify la dengan menambah susu penuh kerim dan juga susu tersejat. itu pun rasa santan tersebut masih lagi..kureng. tapi jadilah~

 kisar ais siket, dan....

 yiihaa! ini cendol ana yang punya!!

 lihatlah muka muka mereka ini. cendolgasm ana cakap anta beb!

Kai-cha aka Mr Muscle juga mengalami cendolgasm!!

8. Semua ahli-ahli The Macha mabuk cendol pada hari itu, mana tak nye, sorang nak bantai sampai 5 cawan. Nikmatnya..fuh!! Lepas jugak gian ana nak makan cendol ni. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan misi cendol ini. Ada kemungkinan besar misi ini akan dilaksanakan lagi kerana cendol yang terhasil pada hari itu masih lagi di fasa ujian. Belum boleh dijual.

9. Bila dah pakar, baru boleh ajak ramai-ramai makan. Tapi tu kalau ana rajin dan pemurahlah pada waktu itu. Ngahaha. 

Sekian..

p/s : Entri ini boleh dikatakan sudah basi. Lebih seminggu masa ana ambil untuk pos entri ini. Itu pun selepas beberapa kali kene marah dengan Bukh-cha

4 comments:

BooK said...

Akh Sifah-cha, agak gondol jugaklah perangai enta ni. Insiden tersebut berlaku pada hari Sabtu, bukan Jumaat.

Apapun nanti kita buat lagilah. Takyah jemput orang lain lagi. Dasar bangsa subsidi diorang ni. Asik2 nak makan free.

Haha.

ihsan_huhu said...

macha2 sekalian mmg bernafsu rakus

mangkuk statik said...

Ana buah kana.
Anta = unta-shit. Kerana anta tak mengajak skali hensem-na ("ana yg hensem"...ni loghat arab Yemen).

Aishah Nur Hakim said...

omaigod!!bukh!

Post a Comment