2010-03-10

Sexy Babes!

Salam


1. Kelas aku tamat pada 1 petang tadi. Plan asalnya lepas Zohor ingat nak lepak kat CATS buat kerja sikit. Lepas sejam lepak situ, mata aku dah mula buat hal, signal suruh bukak contact lense lah tu.


2. Maka pulanglah daku menuju ke setesen bas. Tapi naluri aku mengajak aku supaya meronggeng sebentar di Rundle Mall, cuci mata sikit dan mungkin singgah sebentar di Swinging Bowl melawat bos dan rakan-rakan sekerja aku. 


3. Sesungguhnya naluri aku telah menemukan aku dengan 2 buah kereta yang menjadi pujaan, boleh kata mana-mana lelaki yang gila kereta lah. Meleleh sebentar air liur aku tadi, mana tak nye, Audi R8 dengan Lamborghini Gallardo terpampang depan mata beb!







4. Memang aku macam orang jakun tadi. Tapi kesah ape aku. Asalkan dapat cuci mata puas-puas. Lepas beberapa ketika melepak dan berborak dengan mamat yang jaga exhibition ni, ada la 2 orang lagi staff datang kata "Time's up!". Hallamak, cun lah tu. Dapat tengok diorang operate kereta ni depan-depan..aku ingatkan macam tu lah. Aku pun semangat lah ready kan video phone aku. Nak record punya pasal


5. Sekali, die tolak je kereta tu pegi dekat tow truck yang lebih kurang 5 meter je dari situ. Aiseh, kempunan den. Tak pelah. Dapat rekod menda alah tu naik tow truck pun jadi lah.





6. Info pasal kereta-kereta ini boleh dilihat di sini dan di sini

7. Kereta-kereta ini dipamerkan sempena Clipsal500 yang akan bermula pada esok, 11 Mac hingga 14 Mac. Apa itu Clipsal500? Klik sini.


8. Mamat tadi cakap, untuk category Australian GP, akan ada juga Ferrari, Porsche, Aston Martin, Viper dan Mosler selain Audi dan Lamborghini di atas (meleleh lagi aku dengar). Siap promote kat aku lagi suruh pegi Practice session Khamis (esok) ni, boleh tengok kereta-kereta tersebut line up for display. Teruja aku dengar, tapi mengenangkan kelas pada hari tersebut agak pack, hi hi bye bye je lah aku jawab. (duit pun satu hal)


Sekian..


p/s : sempat jugak lah aku pau segelas teh tarik kat Swinging Bowl tadi. Sorry lah bos. muahahahah

6 comments:

BooK said...

Oi. Keretaq akuq tuq. Manaq depaq bawaq laghiaq?

mangkuk statik said...

mane gambar gadis2 litar? Bila nak aplod? Ke kau layan soarang2?
muahhahahhahah

ihsan_huhu said...

ntah gamba ko seluk2 tuh xletak plak

Penk said...

astaga..rosak akhlak korang nih. jom2 kita masuk usrah biar aku jadi naqib korang

mangkuk statik said...

naqib biasanya tak mengadis?
Sejak bile plak tukar polisi?
mauhahhahahhahaha

ihsan_huhu said...

kl dh tuka polisi, ko naqib, aku jadik sheikhh besar, azam jadik penaung r

Post a Comment