2010-02-02

Peristiwa Misteri Si Maggi

Salam

1. Malam tadi, atau lebih tepat, pagi tadi aku rasa lapar yang amat. Jam sudah menunjukkan lebih pukul 3 am, dan orang pun selalu cakap makan lewat² macam ni boleh gemuk (though aku pun x pasti kenapa that fact macam tak berapa boleh nak apply kat aku :D). Maka bergegaslah aku ke dapur menyelongkar apa² yang boleh dimakan. Tak banyak option yang ade, hanya maggi yang tinggal.

2. Macam biase lah. Panaskan air, letak maggi dalam mangkuk, bukak perencah dan tabur atas maggi dalam mangkuk tu. 2-3 minit kemudian, air panas pun masak dan aku pun tuangla air dalam mangkuk tu. Tapi...sedang aku tuang air tu, aku rasa musykil. Musykil yang amat sampai tergaru² kepala. Puas aku terfikir, pasal ape la musykil sangat ni.

3. Fikir punye fikir, aku pun terpandang la plastic maggi sebelah mangkuk tu. Laaaaa..patut la!


4. Hampeh betul. Macam mane la aku boleh terlupa langsung yang aku tengah buat maggi goreng. Nak repair balik memang tak dapat la. Sebab aku dah letak perencah sekali dalam mangkuk tu, siap dah larut pun lepas aku tuang air tu. Lantak la. Aku rase sikit kuah tu, ade jugak la rasa maggi. So, tak perlu la membazir nak buat baru.

5. Mengikut buku teks Syariah yang aku belajar kat sekolah dulu, "zalim" bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang betul. Jadi, aku telah berlaku zalim ke atas maggi tersebut. Sila maafkan daku yeh cik maggi!

Inilah maggi yang telah dizalimi aku

6. Hari Isnin (semalam), aku pergi Coles cari barang² sikit. Sampai dekat section sayur², aku usha la halia. Mak datuk harga die!


Kalah harga seafood wo! Masalah halia ni pun pernah dinukilkan oleh Tokey Swinging Bowl (restoran melayu kat Adelaide) yang perasan hensem tersebut. Boleh dibaca di sini.

7. Weekend yang best untuk fan Man United. 3-1 win over Arsenal, impressive i'd say. The scoreline didn't really do justice to Arsenal, but they only have themselves to blame since they squandered sooo many chances to go ahead during the game. Again, Rooney was the man and Nani continued to be a revelation these past few games. The build up to the first goal gave me a chill, it's almost as if i saw the reincarnation of Ronaldo in Nani. Hope they'll keep this momentum going


Gilo ah mamat ni

3 comments:

mangkuk statik said...

Wei..Wei..indahnya bahasa! Aku pukul kang! muahahhaha.
Aku bukan perasan skodeng......eh silap "hensem".
Kau yg tak perasan aku ni ensem. Cepat ngaku dalam blog kau dah berape lame kau tak de spek!! Lakukanlah pendedahan yg berani Penk! Britau seluruh dunia yg kau tu rabun so tak namapak kemachoan muka aku!....dan kau gak kaki skodeng!
muahahhahaha

ihsan_huhu said...

why arshavin why???

Penk said...

mangkuk : aku kaki skodeng?mustahil sama sekali.ketahuilah, aku merupakan produk skolah agama yg baik.muahahaha

huhu : xpe2. next week aku sokong arsenal plak

Post a Comment