2010-03-21

Cis kau Seng!

Salam


Buat pertama kalinya aku telah di tag untuk meneruskan permainan yang tidak berfaedah ini. Tak pe lah. Nak update pasal benda lain pun, belum ade idea lagi. Alang-alang tengah lepak tunggu game Man U vs Liverpool lagi sejam ni, layankan aje lah.


1) Siapakah diri anda di rumah?
anak keenam, yang paling rajin, baik dan dengar cakap

2) Siapakah anda di samping rakan?
mamat sengal yg perasan best


.3) 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai
- beli kereta sendiri (next month la kot. ngahaha)

- simpan rambut panjang sampai jd semak (dalam proses)
- bijak pandai mcm Einstein. senang nak buat assignment
- tengok bola kat Old Trafford
- naik kereta sport laju-laju. (kereta org pun jadi lah)

4)Siapakah nama bekas pasangan anda?
- jennifer anniston

- megan fox
- scarlett johansson

5)Ceritakan 5 perkara anda paling suka tentang pasangan anda
den single lah lo ni. lai lai lai tawaran masih terbuka lagi!

6) Bilakah tarikh anda couple?
20.12.2005 (fuh, ingat lagi seh. hahahah)


.7) Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda
tergigit hempedu. pahit gile wei!

8)Lagu tema cinta anda?-

Lama tak layan lagu ni. Tibe DJ kat Oval tadi pasang lagu ni time match ape entah. Oh, lagu ini xde kaitan dengan soalan di atas. hahahah

9)Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda
muslimah sejati, x lawan cakap aku, masak sedap, pe lagi ah

10)Tag rakan yg lain...
azam mangkuk (walaupun aku tau ko xkan buat. haha)

chika chocobo (sbb ko rajin update blog kan. nah hambik!)

2010-03-13

13.03.2010



Lagu evergreen macam ni memang best. Cheer up everyone!

2010-03-10

Sexy Babes!

Salam


1. Kelas aku tamat pada 1 petang tadi. Plan asalnya lepas Zohor ingat nak lepak kat CATS buat kerja sikit. Lepas sejam lepak situ, mata aku dah mula buat hal, signal suruh bukak contact lense lah tu.


2. Maka pulanglah daku menuju ke setesen bas. Tapi naluri aku mengajak aku supaya meronggeng sebentar di Rundle Mall, cuci mata sikit dan mungkin singgah sebentar di Swinging Bowl melawat bos dan rakan-rakan sekerja aku. 


3. Sesungguhnya naluri aku telah menemukan aku dengan 2 buah kereta yang menjadi pujaan, boleh kata mana-mana lelaki yang gila kereta lah. Meleleh sebentar air liur aku tadi, mana tak nye, Audi R8 dengan Lamborghini Gallardo terpampang depan mata beb!







4. Memang aku macam orang jakun tadi. Tapi kesah ape aku. Asalkan dapat cuci mata puas-puas. Lepas beberapa ketika melepak dan berborak dengan mamat yang jaga exhibition ni, ada la 2 orang lagi staff datang kata "Time's up!". Hallamak, cun lah tu. Dapat tengok diorang operate kereta ni depan-depan..aku ingatkan macam tu lah. Aku pun semangat lah ready kan video phone aku. Nak record punya pasal


5. Sekali, die tolak je kereta tu pegi dekat tow truck yang lebih kurang 5 meter je dari situ. Aiseh, kempunan den. Tak pelah. Dapat rekod menda alah tu naik tow truck pun jadi lah.





6. Info pasal kereta-kereta ini boleh dilihat di sini dan di sini

7. Kereta-kereta ini dipamerkan sempena Clipsal500 yang akan bermula pada esok, 11 Mac hingga 14 Mac. Apa itu Clipsal500? Klik sini.


8. Mamat tadi cakap, untuk category Australian GP, akan ada juga Ferrari, Porsche, Aston Martin, Viper dan Mosler selain Audi dan Lamborghini di atas (meleleh lagi aku dengar). Siap promote kat aku lagi suruh pegi Practice session Khamis (esok) ni, boleh tengok kereta-kereta tersebut line up for display. Teruja aku dengar, tapi mengenangkan kelas pada hari tersebut agak pack, hi hi bye bye je lah aku jawab. (duit pun satu hal)


Sekian..


p/s : sempat jugak lah aku pau segelas teh tarik kat Swinging Bowl tadi. Sorry lah bos. muahahahah