2011-12-17

Bersihkan Sawang Fuhh Fuhh

Salam

Last post untuk blog ni bertarikh 20 August 2010. Meaning, dah dekat setaun 4 bulan aku tak update blog. Sebabnye? Hujung tahun lepas aku ade awek. So layan awek ah. Layan blog buat hape. Masuk 2011, busy dengan uni pulak. What's supposed to be my final year in Adelaide turns out not to be the final year (ye aku tau ayat macam ayat keling). Maka terabailah blog ini buat seketika. 

Now, it's summer 2011 and i'm not going back to Malaysia for the whole 3 months semester break. Sebab? Aku kene prepare untuk tahun depan. Ade possibility untuk status aku sebagai pelajar tajaan JPA bertukar jadi pelajar tajaan sendiri. Kalau bole taknak la mintak duit mak bapak. Aku pun dah 23 tahun. Besar panjang dah. Diorang pun dah pencen. 

Ade advantage hidup guna duit sendiri ni. You control every single cents of your spending. That means, duit kau, suka hati kau lah nak buat ape. You can ask your parents for advice but since kau tak menyusahkan diorang, i dont think it's going to be a big deal. Unless for some reason diorang terang2 tak restu dengan ape yang kau buat dengan duit kau. So pandai2 sendiri lah. Jangan jadi anak derhaka. Kene sumpah jadi batu baru tau.

 Banyak benda jadi dalam hidup aku starting from mid 2010. Budak2 Adelaide tau lah drama yang jadik taun lepas har har har (Sila lupekan cepat2. Aku nak mulakan hidup baru ni). And i learned even more shits that life can possibly throw to us. 2011 is not exactly a good year for me. In fact, i might say the worst so far. Tapi for some reason, ade parts in 2011 that i love the most despite it being the worst. Senang je nak explain why it is so. Contrast. You are in the deepest shit ever to the point that you will appreciate every single good things that happened to you. Agak2 kau bole paham dak?

Maybe aku nak tarik balik statement aku yang 2011 is the worst year ever. Why? Aku rasa aku hidup aku lebih terisi dan mungkin sedikit menggelikan, tapi aku rasa aku matang sket taun ni bahahahahah. Did a lot of stuff, belajar hidup cara susah, and around me there is a bunch of awesome friends. These guys are the best ever (though most of them are girls actually ngahahahah. Dah jangan nak label aku penggadis pulak. Tu title utk Mad Ridhuan kot, walaupun die skarang dah ade awek). It's sucks that they're all going back to Malaysia for good in...damn, 2 minggu je lagi? Pftttt. *insertforeveralonememehere* Maybe paling terasa nanti bile my best bro dah chow. Takde geng nak buat keje2 mengarut dah. (Tak gay kan ayat ni? Aku tak cium die macam  Ariff Alfian tu cium balak die).

Post ni bole dikategorikan sebagai post personal. Ade orang tak suke bace post2 macam ni. Bagi diorang blog2 yang tempek too much personal stuff ni blog sampah. Takpe. Aku pun tak suke sangat nak merepek pasal aku banyak2 kat public. Aku bukan narcissistic....kot bahahahah. Whatever. Chow~

P/S: Berkarat super kepala aku nak menulis skarang ni. Aku perlukan kreativiti dan inspirasi. Di manakah kamu????


2010-08-20

Insan Bernama Khairil

Salam


"If I had a Brother, he'll be graduating today (Din Rambut 2010)". Ini ayat yang diutarakan Din pada hari Capik grad, Selasa 10 August 2010. Kesian die takde abang. hahaha. Takpe dude. We all have a good brother in Capik. Sadly, he's no longer here, in Adelaide i mean. Selamat je mamat tu kat Malaysia sekarang. haha.


What a beauty lol =P
Photographer, Skrumble bassist, Frisbee captain, unique laugh, what else? Owh, sweet talker too. ngahaha. Its just so rare to find all these qualities in one person (maybe faktor saiz beliau yg menyebabkan beliau mampu menampung bnyk bakat sekaligus. hehehe. ampun capik!!)

14 August 2010 yang lepas, beliau telah selamat berangkat pulang, for good ke Malaysia. Certainly feel like something is missing when he's gone. Adelaide is just no longer the same without u

The three brothers. Now only two left T__T
Kepada Khairil Syafiq Sirajuddin, selamat maju jaya in whatever u're doing after this. Jaga aweks baik-baik. Takmo gado-gado, nanti aku gigit perut kau. muahaha. All the best and insyaAllah, panjang umur kita jumpa, gelak kuat-kuat sama-sama lagi okeh?



Sayonara Capik! Hujung taun ni pun balik jugak. So we gonna meet again real soon!


2010-07-04

Merancang

Salam

Mukaddimah. Aku sedang menaip dengan memakai glove dek tak tertahan dengan kesejukan winter di Adelaide. Biasanya tiada masalah, tapi winter kali ini lain macam sejuknya. Pendapat aku ini disokong oleh orang veteran Adelaide, Mr Mangkuk Hayun. Macam mana tak lain, hampir beku dan numb tangan aku dibuatnya kalau terdedah lama-lama. Walaupun tak selesa dan sukar untuk menaip bila saiz jari dah jadi extra besar ni, tapi redah aje lah.

Never mind the Aston Martin DBS, i'll be content if i got to drive on that kind of road someday

Exam dah habis, maka macam biasalah. Macam-macam benda dah diplan (actually masa exam hari tu lah paling ligat kepala ni dok fikir apa nak buat bila exam dah habis). 

Rancangan dibuat bukan semata-mata untuk sedapkan hati, nampak macam sibuk ada benda nak dibuat. Bila dah merancang, kenalah laksanakan. Barulah terjalan purpose merancang tu dan takdelah kita berlaku kejam terhadap diri sendiri.

Antaranya :

1. Basuh kereta and polish siap. Kasi kilat sket
2. Settlekan perihal internship. Gunakan segala cable yang ade. muahaha
3. Kemas bilik bagi lagi cun walaupun sudah tersedia cun
4. Service and organize PC. Sedut segala habuk and sort all the files
5. Marathon Top Gear dari season 1 - 10. Lebam la jawabnye
6. Habiskan baca The Inheritance Trilogy
7. Setelkan kerja-kerja NCG yang tinggal (Room listing, distribute jersey and agreement form, etc)
8. Merempit tengah2 malam kat Adelaide, basikal version. Partner sudah ade
9. Chow ke Canberra for NCG (11hb - 16hb July 2010)
10. Sambung balik merendek kat sini
11. Prepare for supp (mintak dijauhkan)
12. Supplementary exam.... (19hb - 24hb July, sekali lagi mintak dijauhkan)

Buat masa ni, tu je lah kot. Yang sudah setel akan di cross kemudian. Selamat bercuti untuk semua yang bercuti

p/s : "Smart listens to the head. Stupid listens to the heart. - Be Stupid? No. Be wise! Make your head and heart.. balance!" Another piece of advice for me

Photo credit : Aston Martin