2012-08-23

The Living Wonder

Assalamualaikum

Tiba-tiba tergerak nak menulis musim-musim raya ni. Adik aku accident motor masa bulan puasa hari tu kat Melaka. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur dia lagi, tak berapa teruk cuma tulang peha dia dislocate dari dari tulang pinggul. Pastu ade la retak sikit kat pinggang kot. 

3 minggu jugak dia tersadai kat hospital. Dalam tempoh 3 minggu tu jugak la mak ayah aku berulang alik hospital, jaga makan pakai dia. Nak terawih kat masjid pun tak sempat. Doctor bagi keluar hospital 4 hari before raya. Tak boleh jalan lagi pun, kene pakai wheelchair. 

Aku sampai rumah hari Sabtu, sehari sebelum raya. Sampai-sampai je, benda first yang aku buat (lepas salam peluk cium mak abah la) is pegi kat adik aku then....gelakkan kan dia hahahah. Itu amalan standard kitorang. Mak aku pun dah warning dia, "Kalau Fahmi tau ni, mesti die gelakkan kau dulu". Memang bukan dalam kamus kitorang la nak bermanja-manja adik beradik ni. Dulu masa aku kene gantung sekolah, abang-abang aku yang pick up aku kat asrama. Sampai-sampai je semua gelak kat aku straight. Hampeh wal hampes masing-masing haha.

Maka, aku pun take over la jaga adik aku ni, bagi mak abah aku rest pulak. Nak makan, senduk kan. Nak mandi, bawak pegi bathroom. Nak buang hajat pun nama aku jugak yang die jerit. Dalam tempoh 4,5 hari jaga dia ni, ade la jugak kadang-kadang tu terasa susah gak sebenarnya nak jaga orang ni. Baru 4,5 hari. 

Then, this particular thought came across me. How on earth did my mother manage to raise all of her children every single day, for more than 30 years now? There are 7 of us and masing-masing ada perangai sendiri. Unfathomable, unimaginable.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..



p/s: Aku salahkan iklan-iklan raya yang sedih-sedih tu. 

2012-02-16

Wholly

Salam


Pernah baca tips2 health care or any kind of tips? Latest yang aku baru baca is 10 perkara yang merosakkan otak (dalam bahasa lembutnya perkara2 yang buat kau jadi bodoh). Aku bukan nak share pasal tips2 ni. Tu korang boleh carik sendiri.


Tips2 macam tu, if you notice, they all have a similarity. Tak perlu susah2 rujuk sana sini nak cari ways to improve your life, no matter whether it's physically or spritually. Kat bawah aku bagi beberapa contoh tips2 yang korang semua dah tau, tapi maybe tak perasan the trend.


1. Terlebih atau kurang tido ----> slows and and damages your brain
2. Kurang exercise ----> ni common sense. 
3. Banyak mengeluh ----> maksudnya kau kurang nilai bersyukur
4. Hati selalu resah & tak tenang ----> kurang bace Qur'an


    
There will be moments in your life where you'll feel like, your head is   
empty and you're feeling soulless. You stood there wondering, what else should you do to fulfill your life. Kita ni sibuk sangat dengan hal2 dunia sampai kita lupa apa sebenarnya the very reason we're sent down here on earth (51:56). 


Dalam khutbah Jumaat few weeks back, this one brother said, we Muslim should live like a mobile phone. It couldn't go for a couple of days without having to recharge. Whether it is seeking the knowledge of the Deen or simply reciting several pages of Al-Qur'an, we have to feed our spirits. For the record, you will better physically too. Trust me.


Back to the original topic, aku sebenarnya tak berape fresh sangat when i'm writing this. Maka contoh2 yang aku bagi kat atas tu maybe terlalu simple, not really thought provoking examples. 


Senang cerita macam ni lah. Kesemua tips2 yang kau bole jumpe dalam dunia ni ada unsur-unsur dan nilai-nilai Islam. Tak bole lebih & kurang? Itu zuhud. Nak jage disiplin diri? Jaga solat kau. Terasa nak buat maksiat? Ingatlah mati. Aku selalu diajar, Islam itu syumul, menyeluruh. Semua aspek dalam hidup kite ade diajar dalam Islam. 


Want to improve your life? Go back to Islam brothah, sistah. There's no room for bull-shitting in life.

























2012-01-31

The Absolute Reminder

Salam


Have any of you gone through a near death experience? Aku ade lah beberapa kali sepanjang 23 tahun lebih nyawa yang Allah kurniakan kat aku ni. Hampir accident tu dah biasa tapi Alhamdulillah aku bukan jenis driver reckless (walaupun saman berderet).


22 January 2012. I will remember this date till the end of my life. On that day, aku pergi snorkeling + cliff diving kat Second Valley. Sebenarnya tu hari kedua berturut2 pegi situ sebab semalamnye pun dah belasah snorkeling kat situ jugak. Punya la hyper budak2 Adelaide ni time summer sampai sanggup pegi tempat sama 2 hari berturut (or rather punya la dah takde keje nak buat)


Second Valley was awesome. Tak banyak ikan macam kat Port Noarlunga but the corals, underwater caves are simply breath-taking, ala2 Sanctum gitu. First day pegi (21 Jan 2012), sampai sane dalam pukul 2 so tak dapat berendam lama sangat sebab air pasang dalam pukul 4 petang camtu. Air pasang = arus kuat, very very dangerous to go into the water. Hari tu dapat snorkel on the left side of the jetty je. Hence the decision to go again the next day sebab nak explore the right side of the jetty plak. 


22 January 2012. Sampai sana pukul 12. Long story cut short, we spent 2 hours+ explore belah kanan jetty tu. Nothing much, awesome corals and a huge starfish besar muke bukh hahahah. Sambung balik pegi belah kiri plak lepas rest + lunch. Air dah mule pasang siket2 tapi still safe. 


Tengah syok2 snorkel tiba2 ade satu lembaga hitam lalu betul2 sebelah Nazerul, ke Moharis entah. Ingatkan ape la, rupenye seal! Habis jakun semua kejar sebab tak pernah dapat tengok dekat2. Seal tu pulak menggedik dengan kitorang. Mula bertempek atas batu, bajet sunbathing la konon. Tengok kitorang terhegeh2 nak datang kat die. Pastu bile kitorang dah sampai, die masuk air balik, pusing2 360 darjah atas air tu. Entah ape die buat aku pun tak tau. Ape kau ingat ni renang berirama ke? Kutuk2 jugak, tapi aku still jakun sebab memang besar natang tu. Cume tak secomel yang aku bayangkan la. Hitam, pastu misai gold.


Cerita meleleh-leleh, tapi tak sampai lagi kat main point post ni. After 3 hours kot lepak2 kat dalam air tu, kitorang decide nak patah balik. Air pun dah pasang, arus kuat angin pun kuat. Somehow aku decide tak nak swim balik sebab satu aku dah penat. I'm not a strong swimmer, actually i'm don't even know how to swim. Main belasah je snorkeling tu. Kalau campak tengah2 laut takde snorkel mask, 99% aku karam straight tanpa dikesan. Satu lagi aku manusia yang punya zero level of tahan sejuk. Air laut kat Aussie ni memang always sejuk tak kisah la sekarang summer ke tak. Hari tu aku menggigil dah macam orang Parkinson pun ade. Risk analysis done, so aku decide nak jalan/hike je balik pegi jetty. Situ takde beach maka kene la panjat cliff yang agak steep. Orang lain dah start swim balik and tinggal aku sorang je lah yang gatal nak jalan. 


Jalan punye jalan, crap dah tak bole jalan. Sebab ade cave kat bawah, kire macam jadi gaung la. Nak tak nak, aku kene struggle turun balik kat air. Orang2 lain dah lepak kat batu across the cave tunggu aku (Aku tak tau camne korang nak picture tempat tu sebab aku baca balik ape yang aku tulis ni pun blank. Pape je lah hahaha).  


Sebelum masuk air tu aku dah tak sedap hati dah, sebab aku tau memang aku dah tak larat. Tapi nak tak nak kene la jugak. Kalau tak kene tinggal duduk dalam gua tu pulak nanti. Baca bismillah, aku terjun dalam air. I have probably about 50-60 metres to reach safety. And yeap the worst happened. About halfway nak sampai kat batu diorg lepak tu, ombak besar datang and air terus masuk dalam breathing piece mask aku. Selalunye kalau air masuk hembus balik kuat2 dah ok. Tapi yang ni aku terus tersedak, tertelan air banyak gile. My breath was cut short sebab air dah masuk dalam respiratory system.


Alhamdulillah otak aku masih clear lagi. Aku cabut mask tu and try to swim normally (free style). Too bad i've overestimated my own capability and stamina. Aku dapat 2,3 kuak je pastu terus pancit and started to sink. Aku memang tak reti float tapi dah moment genting macam tu try je la belasah kuak kaki tangan sedaya boleh. Tapi heh, bukannye timbul, makin tenggelam ade la hahaha.


Again, Alhamdulillah Azam perasan aku in trouble. Die dan Mukhlis terus swim datang kat aku. Ade la seminit dua jugak before diorang sampai and i'm really2 at my limit. Kalau kau tengok movie2 Hollywood, where all the drowning victim screaming for help, tu semua tipu.  Palsu belaka! You will never be able to shout when you're drowning, cause you wont be able to obtain enough air. Kalau air laut ye la, ade la berliter2 jugak aku telan. Yani cakap diorang semua jerit2 kat batu tu, "stay calm, don't panic" tapi haram ape pun aku tak denga hahaha.


Then came Nazerul. Those three helped me to get to safety. Time tu aku diperlakukan seperti bola. Kene pass sane, pass sini sebab diorang pun dah penat. Susah kot nak float sendiri pastu nak kene tampung berat aku lagi. Alhamdulillah aku selamat sampai kat batu where i can catch my breath. 


One thing about drowning, you're not only risking your life, but the life of those people who try to save you too. For that, i really2 want to thank Azam, Mukhlis and Nazerul. They took a big, huge fat risk nak selamatkan aku. 
Dengan izin Allah, hidup lagi aku hari ni. 


This won't stop me from snorkeling/swimming again tapi after that day, aku terus pegi belajar swimming dengan otai2 tersebut hahaha. Dah terhantuk baru nak terngadah. Sebelum ni kemain lagi terjun jetty la terjun cliff la. 


Kuasa Allah kan? Nak tarik nyawa kite anytime je. Hantar air masuk snorkel mask pun dah setel. Such a small, insignificant being, us human. That was an absolute reminder to me, from Him. Alhamdulillah....